Hidung Aku dijolok!

Posted by Posted by Rahman D On 4:32 PM


Seawal pagi pukul 10.00 pagi bertolak ke Hospital Kuala Lumpur.Kali ini mengambil keputusan untuk naik teksi sahaja sebab takut-takut susah nak dapat parking nanti.Appointment hari ini pukul 11.00 pagi di bahagian otorhinolaryngology.Masuk-masuk teksi,tengok meter start dengan rm 3.00.Wah!!! sebaik tidak ditengking sahaja pemandu itu,tapi perangai arab tetap dapat dikawal.Mungkin sudah naik harga sebab sebelum ini meter mula dengan rm 2.

Setibanya di HKL,memang betullah andaian,memang ramai betul orang.Aku dan Umi terus ke tempat yang ditujui.Sampai klinik bahagian e&t buat pendaftaran dan tunggu beberapa minit sebelum masuk berjumpa dengan Dr.Narizan,Pakar perundung kanan Jabatan E&T HKL.

Rasa damainya dekat situ,tiada kesesakan,semua kerja bersistem.Asap rokok pun tak ada...
Mungkin itu kelebihan sistem hospital di Malaysia.Walaupun begitu ramai orang namun staff di sana mampu membuat kerja dengan baik.

Nama dipanggil terus masuk ke bilik.Duduk sahaja di depan doktor.Terus berlangsunglah berbualan.Tanya khabar,nama dan macam-macam lagi.Tiba-tiba seorang doktor lagi masuk dan terus mematikan berbualan kami.
"Squamos cell carcinoma at ear pinna"-istilah itu terdengar.Aku pun ingat baliklah apa yang telah belajar dalam pathology.Dr.Narizan terus pergi ke bahagian sebelah dengan meminta kebenaran aku sekejap.Dalam fikiran aku puas ingat balik tentang tajuk 'malignant'.


Tak sampai beberapa minit Dr. datang balik.Lepas itu,perbualan kami bersambung.Aku sebenarnya menghadapi masalah hidung yang sentiasa berair dan tersumbat.Kadang-kadang mata akan jadi gatal dan kepala akan jadi pening.Aku cerita juga yang sebelum ini aku cuma amik antihistamine(claritine,zarytec dan loratidine).Doktor pula cuba memberi aku penerangan mengenai allergen yang akan menyebabkan inflammaotry substances dikeluarkan daripada badan seperti histamine (mast cell), dan juga leukotriene (arachidonic acid).Doktor mengesahkan aku,ada 'allergic rhinitis'.Belum lagi masuk peringkat sinusitis yang melibatkan rongga-rongga sinus di sebelah hidung (bahagian pipi).Peringkat itu mungkin lebih teruk kesannya kepada pesakit.

Doktor juga hendak teropong hidung aku dengan teropong ajaibnya!!!
Sebelum itu,nasal decongestant perlu diberikan sebab hidung aku ketika itu agak congested.Tunggu beberapa minit untuk kecut,doktor pun cuba sekali lagi memberi penerangan.Aku cuma tersenyum dan angguk-angguk sahaja.Penerangan menjadi mudah sebab semua itu aku sedah belajar di dalam Histology,konsep antigen dan receptor yang akhirnya akan mengeluarkan inflammatory mediators.

Setelah beberapa minit,teropong ajaib sudah sedia untuk dimasukkan ke dalam hidung.Mula-mula ingatkan sakit ,rupa-rupanya tidaklah sakit sangat.Tujuan rhinoscopy dilakukan untuk melihat structure hidung sama ada ada sebarang abnormality.Namun,semuanya nampak normal cuma ada cartilage bone di lubang sebelah kanan agak membengkok dan apabila hidung congested akan menyebabkan hidung tersumbat dan rasa tidak selesa untuk bernafas.

Maka akhirnya doktor tuliskan nama ubat.Kali ini doktor nak cuba ubat lain yang sebelum ini aku tidak pernah ambil.Aku diberi antileukotriene(montelukast sodium) dan nasal decongested.Tapi ubat ini tidak boleh dimakan lagi sekarang sebab lagi seminggu aku ada rawatan lain pula iaitu allergic test yang akan menentukan apakah benda-benda yang aku allergic.So procedure tidak membenarkan sebarang ubat-ubatan diambil dalam tempoh seminggu sebelum rawatan.

Maka kesimpulannya,untuk masalah ini,"we cannot treat ,but we can control it."

Wah sudah letih menulis,dapatlah sedikit input di sana.Balik naik teksi.

Wassalam

2 Comment

  1. kepalakotak Said,

    man. canggih bahasa ko.
    allergic rhinitis, ak rase ko alergik ngan debu2 cairo. sket je tu, x lame lg hilang.

    Posted on August 13, 2009 at 1:17 AM

     
  2. Rahman D Said,

    mungkin jugak..debu2 tu..tp ada jugak aku allergic makanan...

    Posted on August 13, 2009 at 3:22 AM

     

Post a Comment