Sementara itu

Posted by Posted by Rahman D On 2:23 AM

Sudah seminggu di Malaysia,nikmat bertemu ahli keluarga dan rakan-rakan di sini.Alhamdulillah itu nikmat yang perlu disyukuri.
Dalam genap setahun berada diperantauan,sementara itu perubahan terus merentasi masa.

Bertemu dengan rakyat Malaysia yang sudah berani melontar suara perubahan.Melihat perkembangan Malaysia yang masih memakan bukit-bukit akibat mengejar kereta api negara yang lebih laju.Melihat juga remaja yang makin sinis berbual perihal kemerdekaan(Aku sudah MERDEKA !!!)
Sudah itu,apa yang berlaku semuanya pasti berbayar.

Masih tidak puas hati dengan kita semua.Cacat kematangan untuk memikir panjang.Jalan pintas itu tol yang dipilih walaupun berbayar mahal.Kecerdikan akedemik jika tidak diselarikan dengan satu elemen berfikir cara manusia,ianya membunuh diri.Aku bercakap mengenai kewaspadaan dikalangan kita yang memandang aspek(merenung,melihat,mentafsir,membuka minda serta berlapang dada)merupakan satu benda yang membodohkan.
Kenapa aku pentingkan sangat isu yang dianggap kuno ini? YA!!!

Jawapannya kerana kita semua sudah mati idea untuk memahami tujuan hidup.Berkali juga aku sebut mungkin sebab permainan sistem dunia.Namun itu bukan alasan kita untuk terus memandulkan pemikiran kita yang bergelar seorang yang diberikan amanah di atas muka bumi ini.
Sementara itu,mari kita melihat pemikir-pemikir Islam yang hebat-hebat.Kejayaan mereka bukan hanya meneguk air teh tarik di kedai mamak sambil bersembang perihal cinta sotong,dunia serba mewah,dunia yang serba bosan dan macam-macam lagi.Namun mereka ini mencetuskan satu keazaman yang tinggi yang diselarikan dengan kepatuhan yang amat kuat pada Pencipta langit dan bumi.Sementara itu juga,ramai antara kita yang buta untuk melihat kembali hidup mereka untuk dijadikan inti dalam hidup.

Aku tahu benda ini berat,amat berat.Tetapi keberatan itu berbaloi jika kita mencubanya.Aku juga masih dalam tempoh percubaan dan kadang-kadang tertewas juga.


Maka kita cuba amati dunia yang makin dirasuk oleh pembangunan lantas membotakkan daya dan kudrat kita sebagai makhluk yang paling disayangi oleh sang Pencipta.


Orang bertanya aku,selama setahun aku di di perantauan apa yang aku dapat?
AKU DAPAT AKU!

Sama-sama fikir apa yang kita dapat sedang dunia bergembira ini.

Tafakur.

2 Comment

  1. makman Said,

    cukup dgn satu soalan.....
    Kenapa masih belum bersolek.....

    Posted on August 5, 2009 at 9:09 PM

     
  2. Anonymous Said,

    makman kene la bagi pinjam mekap.baru bley bersolek kn.

    Posted on August 9, 2009 at 2:50 AM

     

Post a Comment