Terkini

AKAN DATANG OGOS INI!!! Antologi Puisi GKLN 2009 Karya yang menghimpunkan penulis-penulis dari serata dunia di bawah Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Tahniah kepada penyelenggara yang bertungkus lumus menjayakan misi penerbitannya.Sebarang tempahan boleh mailkan kepada rahman_dashuki@yahoo.com. Pastikan anda memilikinya dengan harga RM 15.
Tolong Aku
Lirik : Rahman D
Untuk Keluarga,saudara mara,Sahabat,Guru-guru dan semua,Kembalilah pada Allah dan Islam yang sebenar.Aku tak mampu untuk tegur secara lisan hanya mampu meluahkan ke dalam lagu ini.Fitrah kita adalah untuk Allah dan Rasulnya.Kembalilah pada-Nya
BENGKEL FOTOGRAFI RAMADHAN
PROMOSI HEBAT!!!!
Bengkel fotografi bersama : En.Dashuki Mohd @ awe2020
Tarikh:30/8/2009
Masa : 9 a.m - 4.30 p.m
Tempat:Dewan Seminar Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak
Aktiviti :
Teori + Practical + Sesi Komentar Gambar
p/s:Sila bawa kamera anda sendiri,tidak kisah dslr atau tidak yang penting bengkel kali ini akan mendedahkan perkara-perkara basic dalam photography dan teknik-teknik mengambil gambar dengan betul...Anda akan tahu 'Shutter Speed','ISO' 'Light Metering' dan macam-macam lagi.
YURAN: PERCUMA !!!
CEPAT!!! CEPAT DAFTAR SEGERA KERANA TEMPAT AMAT TERHAD...
SILA HUBUNGI NO INI UNTUK MENGESAHKAN TEMPAT ANDA,SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!
SYARIFUDDIN : 0126225331
ABDUL RAHMAN : 0193490732
NIH link peta ke Al-Amin Gombak http://maps.google.com/maps?ll=3.248289,101.72565&z=15&t=h&hl=en
Bulan Perjuangan
Bulan ini sebetul-betulnya bulan perjuangan.Hari kemerdekaan jika dihayati dengan detik-detik perjuangan semasa bulan puasa memang amat bagus sekali.Sememagnya di negara kita alhamdulillah tiada peperangan yang berlaku dan secara zahirnya susah untuk kita hayati,namun perjuangan kita adalah dengan diri kita sendiri untuk melawan hawa nafsu dan segala unsur-unsur luar yang merosakkan hati.
Namun di bulan mulia ini,bagaimana pula nasib saudara mara kita yang kurang bernasib baik.Orang miskin,tidak berkemampuan dan juga yang sedang mengalami peperangan dengan musuh Allah contohnya di Pelastin.
Maka hayatilah bulan ramadhan dengan perjuangan.
Cerita Sekilo:Pagi tadi pergi jogging,orang lain gi tenung lama-lama kat aku,dalam hati aku katakan mungkin diorang pikir aku nih buang tebiat gi lari-lari bulan-bulan puasa nih.Namun bagi aku,apa yang boleh diambil sepanjang aku jogging pagi tadi ialah PERJUANGAN rasulullah dan sahabat semasa perang badar.Sebaik pagi tadi sejuk ,ada pokok-pokok hijau,tapi zaman rasulullah,mungkin panas di padang pasir,berpeluh lagi ,namun mereka tetap berjuang.
Aktifkan Dirimu
Aku masih merindui ramadhan di Mesir.Apa bezanya ya?Malaysia aku terhibur dengan bazar-bazar ramadhan yang besar dan banyak.Makanan yang sedap dan berjenis namun ramadhan di Mesir membuat aku betul-betul fahami makna "Pesta Ibadah" itu sendiri.
Masjid dihidupkan,disudut-sudut masjid mendengar tazkirah dan nyaring bacaan al-quran tidak henti-henti sepanjang waktu.Mereka mengaktifkan diri mereka untuk beramal,bersedekah dan juga memperbanyakkan ibadah.
Pernah sekali aku berborak dengan seorang ikhwah daripada Indonesia di Masjid Amru Ansr,kebetulan mereka sedang berusrah,aku pula baru tiba di Mesir pada ketika itu.Mereka menceritakan bahawa di sini memang kita boleh nampak bagaimana suasana pada zaman Rasuluallah dahulu kala,mereka betul-betul menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.
Cukup rindu pada suasana itu.Maka mari kita sama-sama memperbanyakkan ibadah takat mana yang kita mampu.Curilah sebanyak masa untuk bertadarus,solat sunat,iktikaf dan bersedekah kerana itu semua akan memberi kita kelebihan pada hari esok kelak,insyaAllah
Ucapan Khas kepada rakan-rakan yang akan menunaikan Umrah ramadhan ini,Barakallahhulakum,selamat pergi dan selamat balik insyaAllah,doa-doalah aku yang tak sampai-sampai lagi ni.
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no.
AKTIFKAN DIRIMU!!!
Video
Mereka Nian
Link
- Abah
- Abah Flickr
- Acid
- Aiman Iskandari
- Amin Iskandari
- Ammar Sahrim G13
- Anas Iskandari
- Aqila
- Awez
- Blog Lamaku
- Cikgu Alia
- Cikgu Arash
- Fathy Nabila G13
- Fiza Iskandari
- Hanisah Iskandari
- Kak Fathiyyah
- Kak Iman
- Kak Nisa Iskandari
- Keynah Iskandari
- Mas Sarep
- Mirol
- Muadz Shahrom
- Munaim
- Sabirah G13
- Shakir
- Thaaqhib