Aktifkan Dirimu

Posted by Posted by Rahman D On 3:29 PM


Alhamdulillah,bulan yang ditunggu ramai sudah tiba.Bulan Ramadan penuh barakah dan mempunyai banyak faedah yang boleh kita ambil di dalamnya.Maka kita cuba aktifkan diri kita yang selama ini malu-malu kucing nak beribadah,kita hidupkan pesta ibadah.

Aku masih merindui ramadhan di Mesir.Apa bezanya ya?Malaysia aku terhibur dengan bazar-bazar ramadhan yang besar dan banyak.Makanan yang sedap dan berjenis namun ramadhan di Mesir membuat aku betul-betul fahami makna "Pesta Ibadah" itu sendiri.

Masjid dihidupkan,disudut-sudut masjid mendengar tazkirah dan nyaring bacaan al-quran tidak henti-henti sepanjang waktu.Mereka mengaktifkan diri mereka untuk beramal,bersedekah dan juga memperbanyakkan ibadah.

Pernah sekali aku berborak dengan seorang ikhwah daripada Indonesia di Masjid Amru Ansr,kebetulan mereka sedang berusrah,aku pula baru tiba di Mesir pada ketika itu.Mereka menceritakan bahawa di sini memang kita boleh nampak bagaimana suasana pada zaman Rasuluallah dahulu kala,mereka betul-betul menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.

Cukup rindu pada suasana itu.Maka mari kita sama-sama memperbanyakkan ibadah takat mana yang kita mampu.Curilah sebanyak masa untuk bertadarus,solat sunat,iktikaf dan bersedekah kerana itu semua akan memberi kita kelebihan pada hari esok kelak,insyaAllah

Ucapan Khas kepada rakan-rakan yang akan menunaikan Umrah ramadhan ini,Barakallahhulakum,selamat pergi dan selamat balik insyaAllah,doa-doalah aku yang tak sampai-sampai lagi ni.

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no.


AKTIFKAN DIRIMU!!!

0 Comment

Post a Comment