Zaman dan Jiwa

Posted by Posted by Rahman D On 2:09 AM


Bismillah,

Kepesatan adalah pembunuh kejam.Sangat kejam.Kadang-kadang dicincang-cincang badan kita.Itu adalah kini.Namun kita hari ini tidak sedar akan racun yang jelas disebarkan oleh kepesatan ini.Zaman sudah berubah.Jiwa makin ghairah untuk mencari pembahruaan.Kadang-kadang konsep Machiavelli dipertaruhkan iaitu proses menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

Saidina Umar pernah berkata "didiklah anak kamu seperti zaman mereka,bukan zaman kamu."Ya,jelas menyatakan bahawa zaman akan berubah.Bagaimana pula jiwa yang dianugerahkan tuhan.Berubah atau tidak? Jiwa juga pasti akan mengalami perubahan juga.

Zaman remaja itu zaman perubahan jiwa.Jiwa anak muda berada di tahap yang hampir pada kemuncak.Kemuncak itu adalah satu tempoh yang bermakna.Tempoh itu juga boleh jadi bahaya dan juga berguna.

Aku melihat kali ini syabab dan fetya semakin menanamkan jiwa mereka dengan jiwa materialistik.Bermakna disini kejiwaan bertitik beratkan pada kesenangan hidup,ketenangan jiwa pada pemberontakan nilai murni dan juga proses kematangan yang bersumberkan keremehan.Itu yang terjadi kini.

Jikalau Usamah bin Zaid, dahulunya berdiri menjadi pemimpin perang ketika seawal usia remajanya,kini kita berdiri menyaksikan keberanian para syabab dalam mempertonjolkan nilai-nilai pasif.Jikalau dahulu Saidina Ali bin Abi Tholib mampu memperjuangkan kebenaran,kita kini mampu memperjuangan pelbagai alasan dan persoalan tanpa TINDAKAN.Itu yang terjadi.

Ke mana perginya jiwa-jiwa keberanian mereka?Menghilang?...Oh tidak!
Keberanian masih kita boleh saksikan kini.Namun kita melihat hari ini kita membodohkan keberanian kita sendiri.Kita tewas mengawal keberanian,kesungguhan tanpa ada timbang tara yang rasional.
Berani kita memakai baju jahiliyyah itu lagi.Itu yang terjadi.

Ada sesetengah kita menerbitkan jiwa mereka yang gagah itu dengan pemberontakkan diri.Baginya,kita disekat untuk kebebasan,"Aku ingin itu,Aku ingin ini."Namun disekat.Kerana kita tidak mampu membezakan sekatan atas sebab kezaliman atau keadilan.Haq dan Batil.Bagi kita semua yang HAQ BAGI KITA,adalah tetap HAQ walaupun itu adalah batil.Itu yang terjadi.

Aku melihat hari ini juga,jiwa kita semakin lomponglah!Tiada sulaman ketamaduan.Eh,ada sulaman!Cuma sulamannya adalah sulaman BARAT dan ZIONIS.Sungguh halus anyamannya sehingga kita melihat,CANTIK-cantik belaka ya!Namun harus ingat dalam kecantikan pasti akan memakan kita juga!Itu yang terjadi

Zaman tetap berubah,jiwa tetap berontak,kerana pada fitrahnya dia mencari jalan ILAHI.Jangan kita terus melihat Syabab digantung mati si MATERIALISTIK itu! Gila itu namanya.

Teropong dahulu ya .

Wassalam

photo by :awe2020

0 Comment

Post a Comment