Bulan Perjuangan

Posted by Posted by Rahman D On 11:35 PM

Ya bulan ini bulan perjuangan.Ingat lagi dahulu kala,apabila diperintahkan Allah untuk berperang(badar) pada bulan ramadan,musim puasa.Bermaksud di sini bahawa bulan ini,dirasmikan dengan satu tempoh perjuangan Rasulullallah dan para sahabat menentang musuh Allah.Cuba bayangkan dengan bilangan tentera yang sedikit,mereka mampu memerdekakan tanah itu daripada jahiliyyah.

Bulan ini sebetul-betulnya bulan perjuangan.Hari kemerdekaan jika dihayati dengan detik-detik perjuangan semasa bulan puasa memang amat bagus sekali.Sememagnya di negara kita alhamdulillah tiada peperangan yang berlaku dan secara zahirnya susah untuk kita hayati,namun perjuangan kita adalah dengan diri kita sendiri untuk melawan hawa nafsu dan segala unsur-unsur luar yang merosakkan hati.

Namun di bulan mulia ini,bagaimana pula nasib saudara mara kita yang kurang bernasib baik.Orang miskin,tidak berkemampuan dan juga yang sedang mengalami peperangan dengan musuh Allah contohnya di Pelastin.



Maka hayatilah bulan ramadhan dengan perjuangan.

Cerita Sekilo:Pagi tadi pergi jogging,orang lain gi tenung lama-lama kat aku,dalam hati aku katakan mungkin diorang pikir aku nih buang tebiat gi lari-lari bulan-bulan puasa nih.Namun bagi aku,apa yang boleh diambil sepanjang aku jogging pagi tadi ialah PERJUANGAN rasulullah dan sahabat semasa perang badar.Sebaik pagi tadi sejuk ,ada pokok-pokok hijau,tapi zaman rasulullah,mungkin panas di padang pasir,berpeluh lagi ,namun mereka tetap berjuang.

0 Comment

Post a Comment