Terpaksa berpindah.Itu hakikatnya.Blog lama sudah tidak dapat masuk lagi akibat masalah teknikal internet.Mungkin ada sebabnya yang tidak diketahui.Walaubagaimanapun,penghijrahan adalah satu langkah yang berhikmah kerana ianya mengajar kita untuk sentiasa memperbaiki diri.Maka dengan adanya blog yang baru ini,mungkin diharapkan penulisan saya akan menjadi lebih matang dalam menapis dan melontarkan sesuatu.Satu persoalan yang dilontarkan ke dalam diri,Mengapa perlu berblog.Turut menjadi bahan ketawa sesetengah kita yang mengatakan berblog ini adalah golongan-golongan yang perasan,jiwang,nak publisiti dan sebagainya.Ini pandangan saya,dengan tidak menolak kata-kata yang lain itu saya beranggapan bahawa dengan wadah ini, kita mampu untuk melontarkan pandangan dan idea yang kita rasakan rasional bukan picisan.Kadang-kadang juga turut kecewa dengan sesetengah 'blogger' yang melontarkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan akan dimakan oleh emosi,lantas hasil penulisan menampakkan kerendahan mentaliti dalam sudut penghujahan dan tingkah laku.
Selaku remaja lebih-lebih lagi mahasiswa,seharusnya kita ini merupakan golongan yang berfikir dan segala analisa data seharusnya diteliti dengan amatnya.Maka akan terbit idea-idea yang bernas dan mampu diterima oleh semua pihak.Ramai juga blogger yang membawa cerita kehidupan,pengalaman dan diari hidup sebagai isi berbualan.Ya,memang tidak salah jika terdapat pengajaran di dalamnya,namun jika berlebihan ianya akan membawa padah juga.
Hasil karya-karya kreatif juga dapat dibawakan melalui blog lantas mengasah bakat yang ada pada diri seseorang itu
Akhir kata,penulisan itu adalah satu nikmat,jika pena dan dakwat ada pada kertas yang betul,maka keindahannya akan terserlah.Menulis selagi mana kita yakin,bahawa perubahan itu akan berlaku.
3 Comment
kenapa eh x bole sign in?
kesian ko.
komen pertama. hahahaha!
Posted on July 31, 2009 at 5:12 PM
entah la min..pasrah jer la
ok tahniah pengomen pertama
Posted on July 31, 2009 at 5:26 PM
madruk juga kepada abdul rahman... blog jadid
Posted on August 2, 2009 at 12:57 PM
Post a Comment